Tuesday, August 03, 2021

RENOVASI

 Renovasi


Itu sebab aku bengang kalau aku dah tanya kau kata OK kendian apabila kau dapat tahu tentang harga kau kata nanti dulu. Masalahnya, aku bukan nak suruh kau bayar terus ke atau terima ke apa ke. Kau tahu tak untuk sesuatu renovasi ambil masa, Kebanyakan masa, kita minta sebut harga dulu. Biar kontraktor datang dan buat ukuran kemudian bagi sebut harga. Semasa nak buat nanti pun masih ada perbincangan. Sebut harga pun percuma siot, bukan kena bayar.

Kau ingat, harga barang kekal pada tahap itu semata-mata? Lagi lama kau tunggu lagi naik harga barang mentah ini.

Itu sebab aku tanya kau kelmarin. Aku bukanlah banyak duit tapi bukan engkau yang nak bagi aku selesa dalam rumah kau. Aku yang muka tak malu kena tambah segala mala keselesaan yang aku nak. Kau pernah tanya dapur okey atau tak. Kau tahu ke idak singki aku dah uzur? Kau tahu ke idak aku tak larat nak mencangkung dan aku kalau boleh nak tempat basuhan khas sikit.

Kalau kakak engkau, wahh, bukan main, nanti bilik kecil la apalah. Aku?

Kau memang bias!

Hutang

 Semalam 1 June 2021 - dah 2 tahun berturut2 dia buat tak endah - so semalam 20 tahun lah dah kawin.

Tapi ini cerita lain, cerita sedih tentang hutang.

Bukanlah nak kesah sangat, tapi rasanya hutang yang aku kena kena tanggung sendiri dan aku bayar juga tak ada buat bising bagai nak rak, tak ada nak ungkit lagi pun dekat 100K. Tapi disebabkan adik engkau bising, penat nak bayar bagai, engkau kesah yang amat. Entahlah, nanti kalau aku cakap, ko lagi pening kan.

Tanya laki aku kalau esok ko mati, aku kena tanggung hutang ko dak? Jawabnya acuh tak acuh. Jawabnya, harta menda ko jatuh dalam kategori estet. Nanti pemiutang kutip daripada situ dan kalau tak cukup, ko rasa2 mereka tak nak ambil? Habis aku ngan anak-anak nak duduk mana?

Entahlah, aku tahu aku tak baik - aku banyak baut tak peduli ngan dia sekarang - tapi dia lebih kejam sebenarnya - aku dah tiada dapat nafkah - oklah - aku gak cakap, tak larat - later - tapi makan rumah tangga sekarang aku yang tanggung wohhh! Dia dah tak top up akaun rumah - diam jer makan - terima kasih pun idak... 

Kasih sayang jauh lah - kalau aku sakit pun dah senja baru nak tanya - itu pun kalau nak tanya... 

Tahap kemurungan aku tahap SEVERE kut - pun dia tak heran - aku nak lari tapi sekarang tak boleh - PKP. Terus-terang cakap, aku rasa tertekan ya amat - tak ada saluran sebenar untuk aku luahkan ketegangan ini. Cuma minta dengan Tuhan agar jaga kestabilan emosi aku. Nak pi melepak rumah mak pun tak boleh.

Aku jadi malas sebab dia lebih malas. Bangun selalu lewatm tidur tak nak awal. Sorry la aku nak berkasih-kasihan dengan ko. Peristiwa 18 Dis 2019 masih segar dalam ingatan, ko yang cakap by next year, selesai, ko nak chow. Senang kan jantan. Cakap2 ngan anak, cari sekolah kat Gombak. Apasal ko nak suruh anak ko duduk ngan jer. Ko la jaga. Kenapa depa nak kena pindah sekolah. Apasal nak campak tanggungjawab kat aku. ko lepas tangan segala.

Minggu lepas rajin siot - vakum bilik bagai lepas tu pergi kedai. Siap rajin buang sampah, tapi semalam terus sakit - ko taboo kot kalau buat kerja - jenis kena baring2 lepak2 duduk hadap PC jer kot. Ataupun sebab ko buat tak ikhlas. Hehehe - teruk siot prasangka aku.

Bengang sebenarnya. Hati aku dah remuk redam seksa dengan perangai ko. Kalau ko marah, tertekan, aku kena layan as in terima - takder masalah aku pun nak tanya - tak sanggup aku kena tempik ngan suara nyaring ko tu. Ko tak nak andang aku kalau aku cakap dengan ko kan, so ko jangan marah kalau aku tak nak cakap dengan ko. Sebenarnya, apa yang aku buat sekarang ialah balasan kepada apa ko buat kat aku dulu. Kalau ko nak kata ko buat sebab aku buat, ko silap la.



Monday, January 11, 2016

Luahan Hati Anak

Bapak,

Sebelum bapak nak marah tak puas hati dengan emak, tolong perhatikan dulu apa yang emak buat selama ini.

  • Bapak pergi kerja. Paling kuat bapak bersiap untuk bapak aje. Dah siap, keluar. Ada masa tinggal barang. Emak juga nak kena telefon ingatkan. Malam-malam tak nak sedia. Kemudian paling kuat bapak hantar aku dengan adik pergi sekolah. Balik siapa ambil, bapak? Emak kan? Apa-apa hal jadi kat sekolah, emak yang kena bergegas walaupun kalau cikgu telefon bapak. Tak senang ke hidup bapak kat pejabat?
  • Kat rumah, dari depan sampai belakang, semua emak yang handle. Nak tebas semak ke, nak siram pokok sepasu dua ke, nak kemas depan ke, nak sapu ke apa ke, semua emak. Bapak, bilik air pun tak nak tolong basuh. Padahal bapak guna juga bilik air tu. Bapak ingat bilik air kalau tak bercuci, tak berkulat? Siapa yang buat? Emak juga. Buang sampah pun bapak selalu fail. Itu luar rumah, yang dalam rumah? Emak jugak. Kamilah yang tolong emak, supaya emak tak penat sangat, walaupun bantuan kami tak banyak mana, sebab selalunya kami di sekolah.
  • Hal sekolah, daftar sekolah, beli buku sekolah, baju sekolah masa awal tahun, pergi mesyuarat kat sekolah- siapa yang selalu hadir, bapak? Emak juga. Betapa punya senang ke urusan bapak. Yang nampak sekarang ni, bapak pergi kerja, balik kerja. Pass duit kat emak. Itu pun kadang tak cukup. Emak kena top-up. Nasiblah emak ada ambil upah buat kerja. Jika tak, emak nak merasa baju cantik, jangan harap bapak yang nak beli. Bapak ingat sedia rumah, makan ala kadar dah cover sangat ke nafkah untuk emak?
  • Kalau tak puas hati dengan emak, konpem tak nak cakap dengan emak berhari-hari. Sanggup makan kat luar sendiri. Tak peduli pun kalau anak2 dan emak kat rumah ada makan ke tidak. Boleh tu, bapak keluar pergi makan sendiri... Dah kenyang balik. Anak kebulur makan mi maggi jer tak apa. Aduh... nak kata bapak yang muda, emak kata bapak jauh lebih tua daripada emak. 
  • Barang-barang kat rumah rosak, paip air tak OK, lampu terbakar, wayar putus, emak juga yang urus, Emak juga yang kena telefon tukang paip atau tukang letrik. Bapak? Tahu suruh aje emak buat. Ada masa, kalau kena pomen tu datang rumah nak baiki, emak sorang-sorang jer. Bapak tak risau langsung pun kot. Tak kisah pun apa jadi.
  • Tolonglah bapak... emak buat macam-macam nak menyenangkan bapak. Jarang tengok emak nak menyusahkan bapak. Kalau kami sakit, emak jugalah yang sering bawak pi rumah sakit. Emak sakit pun emak pergi klinik sendiri. Bapak cuma pergi kerja, balik kerja, makan, tidur. Ada kena buat kerja sikit, mengeluh, mendengus macam banyak sangat bendalah yang bapak nak buat.
  • Emak selalu pesan, hormat bapak, bapak penat balik kerja, jalan jam, tempat kerja jauh. Macamlah emak kat rumah tak penat. Ingat emak di rumah duduk goyang-goyang kaki saja ke? Siapa yang nak pastikan baju bapak dan kami sentiasa sedia? Lapar, ada makanan terhidang.
  • Hargailah emak, wahai bapak. Sementara emak masih ada. Tapi, yalah... mungkin bapak dah pasang angan-angan nak kahwin lain kalau emak mati dulu.
  • Sedar diri ya, bapak. Kami tak mahu ikut perangai u.
Yang benar,
anak.

Monday, November 18, 2013

Journal


Jurnal ini tak pasti akan dilihat sesiapa, tapi tak kisahlah.  Hanya apabila rasa itu tidak dapat dipendam, di sinilah luahan aku.

Kenapalah tegar sangat dikau suami? Kenapa apabila aku sakit, kau buat tak endah pun pada aku? Sakit jiwa sangat nak tanya, nak berlembut dengan bini. Bini orang lain dilayan dengan baik semasa sakit, ditatang bagai minyak yang penuh...

Aku rasa lain kali kalau aku sakit, baik aku mati sahaja.

Saturday, December 29, 2012

Mak, Apak - Maafkan akak kerana mengahwini orang yang kurang budi-bahasanya

29 Disember 2012

Maafkan akak Mak, Apak, kerana berkahwin dengan orang yang kurang budi bahasanya.

Maafkan aku Ya Allah kerana menyesali hal yang satu ini, tapi hati aku luka sudah berkali-kali dengan perbuatannya. Mengapa Engkau tidak memperlihatkan kepadanya bagaimana aku melayani keluarganya setiap kali mereka datang dan ketika aku ada di rumah.

Apakah salahku ya Allah dan apakah salah kedua mertuamu, wahai suami?

Kenapa sampai hati dikau melakukan demikian kepada mereka?  Hampir setiap kali mereka datang engkau akan menyepikan diri, menyendiri bersama telefon HTC mu, dengan samsung tabmu dan dengan laptop mu. Mengapa apabila keluargamu datang engkau berupaya duduk berbual bersama hingga ke lewat malam, makan bersama-sama hingga orang nak kemas pinggan mangkuk pun payah.

Mengapa?

Hati aku benar-benar tersentuh minggu ini. Hati aku tersiat dalam sudah banyak kali.

Masalahnya dan kerana sebab ini jugalah Ya Allah, kerana niatku berkahwin adalah kerana-Mu ya Allah, aku tetap akan melayani suami aku dengan baik, meskipun hati aku disiat2 dengan perbuatannya yang sering tidak adil ini, ya Allah.

Ampunkanlah aku, Ya Allah dan aku mohon dengan meruntunnya hati ini ya Allah, berikanlah suami aku petunjuk dan hidayah dan moga dia berubah...

Tuesday, July 26, 2011

KALUT

adik aku marah sebab kami kata dia kalut. maknanya dia tak boleh kena tegur. hari ini, aku nyah aktifkan akaun FB aku. aku sedih dia hantar mesej kata aku yang kalu sebab terkejar ke sana ke mari.  ye lar, aku kalut. aku dah lar sedih sebab tiada apa pun yang jadi hari ini.  aku penat, segala menda aku nak kena buat sendiri. aku tak minta dia tolong, aku susahkan dia sekali kelmarin sebab nak pi wedding sepupu aku punya pasal.

aku tak boleh susahkan orang. aku sedih sangat, sedih sangat2. unifi tak jalan, plumber tak datang, pagar tak siap... kerja aku juga tak habis....

Sunday, March 20, 2011

Dia memang tak mencintai aku

Dia memang tak mencintai aku

Tadi lagi sekali kata2 yang sama dia sampaikan... sebab anak2 aje.  Masalahnya, setiap kali dia sakit, dia campak aku kat tepi, dia macam marahkan aku... dia kata nak sangat packlar baju, sampai hati dia cakap macam tu

Monday, February 21, 2011

Aku bukan bola

Buat lagi... Kali ni demam... well hello... aku hantar jugak ko ke klinik... time aku sakit ada ko pedulik... Ada masa aku sendiri heret diri pergi klinik.  Aku ingat lagi... senak perut... gara2 angin... pembantu aku tak tahu baca... tapi aku tak larat nak turun... agak2 dia baru balik... minta tolong dia ambilkan... nak tahu apa dia buat... dia angkut satu para ubat-ubatan naik letak... dan jangan tak tahu, nyaris tak hempas... marah sangat lah orang minta tolong... aku serik dah tak mahu minta tolong lagi...

Kali ini entah apa lagi salah aku... Maaflah aku nak layan sangat kan... Jika aku sakit engkau buat tak peduli, aku membalas balik cara yang lebih kurang sama, cuma aku baik sikit saja... Masih tanya nak makan tidak, letak air di bilik, rasa badan panas atau tidak... tapi kalau kau nak ngorok juga, aku tak nak tolong...

Aku dah puas sakit jiwa... aku tak mahu tambah bebanan kat dada... Cukup masa, aku mahu mengadap Tuhan dengan penuh redha...

Ya Allah, berikan aku kekuatan, kerana apabila pembantu kami pulang, aku bakal jadi kuli batak sendirian...