Friday, July 07, 2006

RAKYAT MALAYSIA BIADAP

Frankly speaking, PADAN DENGAN MUKA KITA sebenarnya. Bukan apa. Kita sebenarnya tak boleh nak perasan sangat kita ni terlalu berbudi bahasa. Lagipun, tak payah nak terperanjat badak dan melatah teruk sangat. Findings RD (reader's digest) tu berdasarkan 3 jenis ujian yang dijalankan di pekan2 ternama dunia termasuklah kelumpo.

Sebuah rancangan bicara di tv swasta yang pengacaranya jadi terlalu emosional sampai mengoyakkan naskah RD yang ada di tangannya. Kadang2 kita perlu sedar diri dan tanya kenapa, bukan setakat melatah dan mengatakan bahawa ujian itu tidak tepat. Baca hingga habis dulu lapuran RD tu. Betul kita dicartakan di tangga ke-3. Tapi dalam pada itu, ada juga makcik kelumpo dengan 3 anak yang lulus ujian membantu seseorang yang tidak dikenali dan dalam individual test, kita di ASIA score lebih positif.

Ujiannya ada 3:
  1. tolong "hold" kan bukaan pintu pada orang lain,
  2. ada ke tidak ucapan "terima kasih" drp penjual setelah kita membeli barang di kedainya dan akhir sekali;
  3. nak ke tidak bantu seseorang mengutip balik helaian kertas yang terjatuh dari failnya di kaki lima yang sibuk
Tanyalah diri kita sendiri jika kita berupaya nak lulus semua ujian di atas. Bukan apa, rakyat Malaysia diwakili Kelumpo. Meskipun ada yang komen kata ujian ini tidak tepat, tetapi warga Kelumpo terpaksa terima hakikat yang warga Kelumpo mewakili warga Malaysia.

Kita tengok kerajaan pun kena buat kempen. Kempen senyum, kempen budi bahasa. Kerana kempen lah, ADLIN AMAN RAMLIE lansung naik glamour dan terkenal dengan watak yang dibawanya sebagai warga Malaysia yang pentingkan diri sendiri dalam LRT. Kerana kebiadapan kitalah, ramai rakyat mati dalam kemalangan jalanraya. Nak tambah lagi, kerana kebiadapan kita sewaktu mencari tempat parking telah digambarkan dalam cerita petang2 "PAK TAM MASUK KONDO". Bukankah ini senario yang biasa kita nampak, orang lain sedang cuba nak masuk parking terutamanya reverse parking, tetiba datang orang lain dengan selambanya masuk. Dan sampai boleh jadi pergaduhan dan biasanya si benang basah lah yang cuba menegakkan keadilan.

Tidak payah kita terlalu "riak" dengan kononnya kitalah bangsa yang berbudi bahasa. Kebanyakan "gesture" tu lebih banyak bertumpu kepada pelancong asing semata, agar kita nampak sangat berbudi bahasa di mata dunia. Sekali sekala kita patut kena tegur supaya dapat kaji balik dan perbaiki kekurangan kita sebagai manusia.

Monday, July 03, 2006

RODA IMPIAN RODA SMS siri ke-4 malam ini!!!

Biasa sebenarnya! Tajuk menarik. Nak citer benda lain dulu. Pasal penat: Almaklum, hujung minggu memang hari jalan2 sama keluarga. Lagipun dah 5 hari memerap di rumah, maka Ayah anak2 kata," jom kita sumer keluar". Lagipun, perlu top up bekalan bulanan. Lewat malam baru pulang.

Hari ini kawan datang. Lama nian tiada teman untuk borak2 hal lain dari kejadian keluarga. Sama2 berkursus di ITNM dulu. Nak update memasing, apa citer. Dia pun di rumah saja. Mentelah rumah dah tak jauh mana, hari ini rezeki kami berjumpa.

InsyAllah... kami akan cuba bantu sesama untuk dapatkan job. Dia adalah juga, rezeki melalui kenkawan. Kita ni yang masih kekontangan.

Aiza K sedang kemaruk main kain tutup muka. Kena perhati2 kan juga. Takut lemas. Dia kini dah hampir memasuki 7 bulan. Kalau ikut PD, dia baru 6.5 bulan saja. Namun, senyumnya tetap menawan. RMF jr dah happy dapat main balik portable dvd player setelah dibaiki yg dulu dah patah spring penutupnya.

Hari ni, berkongsi ilmu dengan kawan. Ayat baru... pelik didengar... dapat pun melalui roda impian. PENCAUS - ada sesiapa tahu? Klu=BENDA


Salammmmm...