Dia tidak menyayangi daku. Tatkala aku memerlukan bantuan dia harus menjadi anak kecil yang merajuk tak keruan. Dia tidak mengetahui kesukaran ku kerana dia tidak melaluinya. Bukan senang menangani tugas rumah tangga, aku memerlukan lebih pasang tangan, kaki, mata dan telinga.
Dia tidak menyayangiku sebagaimana seorang lelaki menyayangi wanita. Hatinya milik orang lain. Aku hanya rahim melahirkan bakanya dan yang maha aktif pula.
Dia tidak mahu mengerti perasaanku, malahan tidak sanggup berubah memperbaiki diri. Oh! Aku! Apa saja yang aku korbankan dipandang sepi.