Saturday, December 29, 2012

Mak, Apak - Maafkan akak kerana mengahwini orang yang kurang budi-bahasanya

29 Disember 2012

Maafkan akak Mak, Apak, kerana berkahwin dengan orang yang kurang budi bahasanya.

Maafkan aku Ya Allah kerana menyesali hal yang satu ini, tapi hati aku luka sudah berkali-kali dengan perbuatannya. Mengapa Engkau tidak memperlihatkan kepadanya bagaimana aku melayani keluarganya setiap kali mereka datang dan ketika aku ada di rumah.

Apakah salahku ya Allah dan apakah salah kedua mertuamu, wahai suami?

Kenapa sampai hati dikau melakukan demikian kepada mereka?  Hampir setiap kali mereka datang engkau akan menyepikan diri, menyendiri bersama telefon HTC mu, dengan samsung tabmu dan dengan laptop mu. Mengapa apabila keluargamu datang engkau berupaya duduk berbual bersama hingga ke lewat malam, makan bersama-sama hingga orang nak kemas pinggan mangkuk pun payah.

Mengapa?

Hati aku benar-benar tersentuh minggu ini. Hati aku tersiat dalam sudah banyak kali.

Masalahnya dan kerana sebab ini jugalah Ya Allah, kerana niatku berkahwin adalah kerana-Mu ya Allah, aku tetap akan melayani suami aku dengan baik, meskipun hati aku disiat2 dengan perbuatannya yang sering tidak adil ini, ya Allah.

Ampunkanlah aku, Ya Allah dan aku mohon dengan meruntunnya hati ini ya Allah, berikanlah suami aku petunjuk dan hidayah dan moga dia berubah...