Monday, January 11, 2016

Luahan Hati Anak

Bapak,

Sebelum bapak nak marah tak puas hati dengan emak, tolong perhatikan dulu apa yang emak buat selama ini.

  • Bapak pergi kerja. Paling kuat bapak bersiap untuk bapak aje. Dah siap, keluar. Ada masa tinggal barang. Emak juga nak kena telefon ingatkan. Malam-malam tak nak sedia. Kemudian paling kuat bapak hantar aku dengan adik pergi sekolah. Balik siapa ambil, bapak? Emak kan? Apa-apa hal jadi kat sekolah, emak yang kena bergegas walaupun kalau cikgu telefon bapak. Tak senang ke hidup bapak kat pejabat?
  • Kat rumah, dari depan sampai belakang, semua emak yang handle. Nak tebas semak ke, nak siram pokok sepasu dua ke, nak kemas depan ke, nak sapu ke apa ke, semua emak. Bapak, bilik air pun tak nak tolong basuh. Padahal bapak guna juga bilik air tu. Bapak ingat bilik air kalau tak bercuci, tak berkulat? Siapa yang buat? Emak juga. Buang sampah pun bapak selalu fail. Itu luar rumah, yang dalam rumah? Emak jugak. Kamilah yang tolong emak, supaya emak tak penat sangat, walaupun bantuan kami tak banyak mana, sebab selalunya kami di sekolah.
  • Hal sekolah, daftar sekolah, beli buku sekolah, baju sekolah masa awal tahun, pergi mesyuarat kat sekolah- siapa yang selalu hadir, bapak? Emak juga. Betapa punya senang ke urusan bapak. Yang nampak sekarang ni, bapak pergi kerja, balik kerja. Pass duit kat emak. Itu pun kadang tak cukup. Emak kena top-up. Nasiblah emak ada ambil upah buat kerja. Jika tak, emak nak merasa baju cantik, jangan harap bapak yang nak beli. Bapak ingat sedia rumah, makan ala kadar dah cover sangat ke nafkah untuk emak?
  • Kalau tak puas hati dengan emak, konpem tak nak cakap dengan emak berhari-hari. Sanggup makan kat luar sendiri. Tak peduli pun kalau anak2 dan emak kat rumah ada makan ke tidak. Boleh tu, bapak keluar pergi makan sendiri... Dah kenyang balik. Anak kebulur makan mi maggi jer tak apa. Aduh... nak kata bapak yang muda, emak kata bapak jauh lebih tua daripada emak. 
  • Barang-barang kat rumah rosak, paip air tak OK, lampu terbakar, wayar putus, emak juga yang urus, Emak juga yang kena telefon tukang paip atau tukang letrik. Bapak? Tahu suruh aje emak buat. Ada masa, kalau kena pomen tu datang rumah nak baiki, emak sorang-sorang jer. Bapak tak risau langsung pun kot. Tak kisah pun apa jadi.
  • Tolonglah bapak... emak buat macam-macam nak menyenangkan bapak. Jarang tengok emak nak menyusahkan bapak. Kalau kami sakit, emak jugalah yang sering bawak pi rumah sakit. Emak sakit pun emak pergi klinik sendiri. Bapak cuma pergi kerja, balik kerja, makan, tidur. Ada kena buat kerja sikit, mengeluh, mendengus macam banyak sangat bendalah yang bapak nak buat.
  • Emak selalu pesan, hormat bapak, bapak penat balik kerja, jalan jam, tempat kerja jauh. Macamlah emak kat rumah tak penat. Ingat emak di rumah duduk goyang-goyang kaki saja ke? Siapa yang nak pastikan baju bapak dan kami sentiasa sedia? Lapar, ada makanan terhidang.
  • Hargailah emak, wahai bapak. Sementara emak masih ada. Tapi, yalah... mungkin bapak dah pasang angan-angan nak kahwin lain kalau emak mati dulu.
  • Sedar diri ya, bapak. Kami tak mahu ikut perangai u.
Yang benar,
anak.