Monday, February 21, 2011

Aku bukan bola

Buat lagi... Kali ni demam... well hello... aku hantar jugak ko ke klinik... time aku sakit ada ko pedulik... Ada masa aku sendiri heret diri pergi klinik.  Aku ingat lagi... senak perut... gara2 angin... pembantu aku tak tahu baca... tapi aku tak larat nak turun... agak2 dia baru balik... minta tolong dia ambilkan... nak tahu apa dia buat... dia angkut satu para ubat-ubatan naik letak... dan jangan tak tahu, nyaris tak hempas... marah sangat lah orang minta tolong... aku serik dah tak mahu minta tolong lagi...

Kali ini entah apa lagi salah aku... Maaflah aku nak layan sangat kan... Jika aku sakit engkau buat tak peduli, aku membalas balik cara yang lebih kurang sama, cuma aku baik sikit saja... Masih tanya nak makan tidak, letak air di bilik, rasa badan panas atau tidak... tapi kalau kau nak ngorok juga, aku tak nak tolong...

Aku dah puas sakit jiwa... aku tak mahu tambah bebanan kat dada... Cukup masa, aku mahu mengadap Tuhan dengan penuh redha...

Ya Allah, berikan aku kekuatan, kerana apabila pembantu kami pulang, aku bakal jadi kuli batak sendirian...

Thursday, February 17, 2011

Gara-gara nak ke Negara Matahari Terbit

Dia hangin lagi.  Tanya tak jawab tapi ngorok.  Gara2 aku tanya aku nak bercuti boleh? Ya lah... Logiknya aku hendak bercuti.  Jadi mak, jadi isteri mana ada istilah cuti.

Malangnya, niat aku disalah erti.  Tapi biasalah dengan suami aku ini.  Bukan nak berkomunikasi.  Susah, sukar, payah.  Jadi kami berdua berdiam diri.

Perit, sebab aku nak sangat rehat.  Pergi pun bukan ke mana sangat.  Ke rumah sahabat.  Mentelah dia ada di sana.  Jika nakal, aku rayau ke Bali, bagi urut badan segala-mala. Tapi tidak, aku cari tempat yang agak selamat di dunia.

Haii entahlah... aku ngorok di rumah sajalah nampaknya.