Dari kecil hingga sekarang, aku tetap akan jadi punching bag.
Apa2 kesalahan orang lain, dulu adik, kini anak, aku akan jadi bahan dimarahi. Salah adik aku kena pukul, salah anak aku kena pulau.
Laki aku kalau marah, dia pulaukan aku. Orang kata isteri tak boleh tinggalkan bilik tidur, tapi apa pula kalu laki sering buat macam itu. Bukankah aplikasinya sama pada kedua-dua pihak? Agama tidak berat sebelah. Laki boleh pulau jika ada sebab dan SETELAH diberitahu isteri degil, maka boleh pulaukan. Tapi kalau setakat marah, sakit hati, bolehkah dipulaukan juga? Jika tak beritahu kesilapan itu, bolehkah dipulaukan juga? Bukankah kamar tidur sebagai tempat untuk pupuk semula apa yang tak betul?
Tapi, mahukah laki aku dengar pun. Tidak. Dia tetap lelaki sebab kata seorang pemotivator, lelaki fitrah begitu, wanita kena terima. Jika fitrah lelaki wanita kena terima, mengapa fitrah wanita diketepikan?
Hari ini aku rasa sangat bosan. Sangat penat dan seolah2 kesabaran aku luntur. Aku jerit, aku marah pun tiada siapa yang peduli. Tatkala ini, aku rasa duduk dalam kubur macam lebih elok. Tinggal terima penghakiman Tuhan. Tinggal mereput, kena sengat, kena soal saban hari hingga kiamat.
Kiamat juga sudah hampir. Sudah terlalu banyak kemungkaran.
Ya Allah! Aku mohon ampun kerana gagal lagi. Gagal lagi bertahan. Gagal lagi bersabar. Ya Allah! Ampunkan dosaku dan dosa semua yang mendosaiku.
Hanya engkau saja tempat aku boleh mengadu, sebab orang2 yang aku sayang, sebenarnya tidak peduli.
No comments:
Post a Comment