Aku Takut
Dah lewat lebih 2 minggu. Hari yang sepatutnya ia datang, ia tak sampai. Test? Resultnya +ve. Untuk kali yang ke-4. AK baru 7 bulan, adik sampai nanti, insyAllah, dia baru 1 tahun lebih sedikit. Itupun kalau tiada masalah macam AK dulu.
Aku takut. Atas banyak perkara. Aku bengkeng. MF selalu jadi mangsa bengkengan aku. Ditambah pula dengan perangainya yang kadang-2 batu pun boleh kalah. Aduh... dah berapa kali MF kena balun. AK pun kenkadang tempias tu dapat juga. Apalah yang mereka tahu? Umur pun baru berapa tahun. Tapi aku cepat sangat panas. Hmmm... tak sabar!
Memang kami tidak rancang, malah agak terkezut bagaimana boleh lekat. Sejak AK ada, masa bersama memang limited. Entahlah, berbagai2 bermain di kepala. Pelbagai jenis ketakutan menjelma. Dan aku amat simpati pada AK. Tak puas manja Umi.
Apa dapatkah aku bertahan? 9 hb Ogos ini kita lihat jalan...
No comments:
Post a Comment