Monday, September 04, 2006

AKU MAHU LARI


Kesian anak aku, Fikri. Dia batuk. Dari semalam ayah dia buat tak peduli. Marah pada aku, marah pada Fikri juga. Sebabnya, Fikri nak sangat ikut atuk & pah balik Selasih. Mulalah ayah dia rasa satu macam. Rasanya kalau Fikri melalak merampus nak tinggal dengan Opa dia, tentu ayah Fikri tak terasa apa-apa pun.

Aku dah terfikir nak lari hari ini. Aku dah cuba nak bercakap. Nak berbaik, tapi ayah Aiza & Fikri amat menyombong. Maafkanlah aku Allah kerana mengata suami aku sendiri sombong. Tapi aku tak tahan dengan perangai kanak-kanak dia. Bila dia marah macam ni, dia akan lupa segala tanggungjawab dia. Dia tak kesah makan minum kami. Dan dia kata pregnancy aku kali ini adalah satu kesilapan. Aku akan ingat itu sampai mati.

Aku mohon dan aku berdoa anak dalam perut aku ini sihat dan sempurna dan dapat membela nasib aku nanti. Memang aku nak lari. Dah plan baik-baik dalam kepala apa nak buat dan tiada siapa ahli keluarga yang boleh tahu rancangan aku ini. Cuma, partner in crime aku pulak tak ada. Harapan aku agak tipis. Aku perlu cari tempat yang amat kurang belanja kerana aku tak berduit.

Ada beberapa tempat yang aku dah dapat tapi aku tak nak manusia-manusia ini berpaling tadah. Aku perlu hanya lari seketika. Aku lari dan pulang dalam tempoh 24 atau 48 jam. Aku akan bawa anak-anak aku pergi. Dia tentu tak akan rasa kehilangan kami. Lagipun dia dah tak kisah lagi. Perangai anak-anak yang hanya pentingkan diri sendiri.

Selamat tinggal.

No comments: