Tuesday, September 05, 2006

HATI AKU PEDIH

Aku tak pasti kenapa dia susah sangat nak bercakap. Nak simpan pun buat apa. Kenkadang aku pun malas nak cakap. Dia punya putar belit terer. Dia belasah kat aku balik kata aku kena banyak memberi dan bukan hanya menerima. Cakap banyak sikit, dia akan kata, sudah, sudahlah. Tak boleh kena tegur.

Dia ingat pengalaman 10 tahun di perantauan boleh menjadikan dia kebal, tak payah kena tegur? Setakat nak menghidupkan diri sendiri, ok lah, aku rasa, tapi, kalau nak menghidupkan anak orang, aku rasa yang itu, aku dulu lulus.

Bukannya apa. Pada aku dia suami, tapi bab tanggungjawab asas, dia belum lulus lagi. Bila dia memarah macam tu, dia lupa terus tanggungjawab dia. Keluarlah perangai anak-anak dia tu. Aku tak kisah kalau dia tak nak cakap dengan aku lama pun, tapi pastikan tanggungjawab engkau, engkau tak lupa. Pastikan, anak bini engkau tak kebulur bila tiba waktu makan. Jangan goreng keropok engkau seroang je yang makan.

Semalam aku makan maggi saja. Anak aku makan maggi kicap. Dia bukan nak tanya ada lauk ke? Balik-2 suruh kami order take out. Aku melayu. Aku tak betah makan bahan segera tu setiap hari. Aku nak makan nasi, makanan melayu.

Aku cuma ok, dia dah bercakap balik ngan Fikri. Tapi aku tetap bengang dengan dia. Macam mana aku nak berkata2, aku naik buntu dengan perangai bingai macam ni.

No comments: